Sunday, November 9, 2008

Geng perogol bersiri diburu


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Polis sedang menjejaki satu kumpulan geng rogol bersiri dipercayai warga Indonesia yang aktif menculik dan merogol mangsa di sekitar Lembah Klang sejak sebulan lalu.

Kumpulan tersebut bukan saja memburu wanita untuk dirogol malah menyamun wang tunai dan barangan milik mangsa.

Bagaimanapun, polis tidak akan mendedahkan modus operandi yang digunakan oleh kumpulan itu kerana bimbang ia akan menganggu siasatan dan operasi memburu mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Hasnan Hassan berkata, pihaknya sedang giat menjalankan gerakan memburu ahli kumpulan tersebut.

"Bukan kita tidak mahu dedahkan mengenai kes ini, namun kita bimbang ia akan ganggu proses menjejaki penjenayah tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, seorang wanita berusia 21 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki dipercayai warga Indonesia dan melarikan barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit mangsa.

Wanita itu dipercayai diculik di depan rumahnya di Kepong di sini kira-kira 9 malam selepas pulang dari kerja.

Penjenayah itu berjaya mengambil telefon bimbit, wang tunai RM300 dan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik mangsa serta mengugut mangsa supaya memberitahu nombor pin kad ATM berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu berjaya diselamatkan apabila dia menghubungi polis menggunakan telefon lain di dalam tandas sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Grand Saga Kuala Lumpur-Kajang.

Hasnan juga enggan mengulas mengenai perkembangan siasatan kes culik dan samun wanita tersebut kerana ia dipercayai mempunyai kaitan dengan geng rogol bersiri itu.


*Watch out gurls.....!!!!!...ini bahaya....!!!!*


catatantanah....: saya ade lubang orang jual spencer besi...siap ade lock lagi...sape nk..!!!!

1 comment:

FAZ said...

dude!!
group lu dh klua paper la.siap polis cari lagi.
syabas!!